GALERI SEJARAH SMK PADUKA TUAN

About Our School

Home
About Our School
Activities
Directions
Links
Contact Us

Sepintas lalu SMK Paduka Tuan

SMK Paduka Tuan terletak di km5 Jalan Genuang, Segamat. Pengetua sekarang ialah Puan Hajah Zalaha Bt. Md. Said berjaya meletakkan sekolah ini berada dalam sejarahnya yang tersendiri. Antara pencapaian gemilang sekolah ialah Johan Pancaragam Sekolah Negeri Johor, Naib Johan Galeri Sejarah Peringkat Negeri, Johan Pertandingan Sketsa Karnival Kerjaya Peringkat Negeri, Naib Johan Sketsa Peringkat Kebangsaan ( 2006 ), Pencapaian Muet terbaik negeri Johor ( 2007) dan banyak lagi.

Panitia Sejarah

Galeri Sejarah ini dikendalikan oleh Panitia Sejarah SMK Paduka Tuan yang diketuai oleh Cik Hjh. Rosiah dan dibantu oleh Pn. Rohani, En. Aziz, Puan Norhana, En. Zakaria, Cik Yus, Puan Bong, Cik Noraida dan diselia oleh Pn. Hjh. Noriah.

Tokoh Minggu Ini

2755668384.jpg
Tunku Abd. Rahman Putra al-Haj

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

BERUSAHA  BERILMU BERBAKTI

SEKOLAHKU SEJARAH KU